Monday 5 March 2012

Nanti kita jumpa di Jannah ye.

Bercinta kalau betul caranya sememangya satu benda yang tersangat2 indah. Tak semestinya hubungan kita yang diharap kekal selamaya putus di tengah jalan tu bermakna kita ni tak layak bercinta. Tuhan tu sebaik baik perancang. Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Tapi memang tak boleh dinafikan terlalu ramai mereka yang tengah baru putus cinta befikiran

Kenapa tuhan tak adil dengan aku?
Kenapa aku tak diberi peluang untuk bahagia?

Kenapa Tuhan ambil dia waktu aku tengah cintakan dia?


  Guys. putus cinta tak bermaksud mati. Cuba fikir dan ambik iktibar daripada apa yang jadi. Dekat mana salah kita? Sebab tuhan tu sebaik-baik perancang. Aku bukan cakap kosong. Aku tulis ni diatas pengalaman aku sendiri. Jatuh cinta dengan kekasih orang. Bercinta berlandaskan nafsu. Terlalu cintakan perempuan yang langsung tak ada secubit cinta untuk aku. Semua tu aku pernah rasa. Memang tak boleh dinafikan yang putus cinta tu memang sakit. Rasa ngilu dekat hati yang terlampau sangat. Sampaikan lelaki yang di umum nya seorang yang "gila" pun boleh menitis air mata(aku la tu).

  persoalan nya kita ni Oracle ke? Kita dah tau ke macam mana masa depan kita? Okay cuba fokus dekat umur 18 tahun, andai umur kita panjang, masih jauh perjalanan hidup kita weyh. Kita beru je habis zaman sekolah. Baru zaman sekolah. Belum lagi kita nak sambung belajar. Kehidupan yang jauh bezanya dengan zaman yang baru kita lalui ni. Kalau dah ditakdirkan dia bukan pasangan tulang rusuk kita atau tulang rusuk kita bukan milik dia . Apa boleh buat? Redha je. Usaha untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik. Tunggu sampai ada jodoh? Weyh cinta tu bukan buah durian  yang cuma perlu tunggu jatuh lepas tu kutip. Jangan la sampai frust menonggeng terus tak nak bercinta sampai bila. Serik dah bercinta. Tak terfikir ke putus nya hubungan kita tu membuat kan kita lebih matang dalam meniti alam ramaja? Jangan risau kalau kita berada dipihak yang betul. mesti ada sesuatu yang terbaik untuk kita. Melainkan kita yang mulakan satu kekecewaan tu. Ha sendiri mau ingat la sayang. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Kita tak tau apa yang tengah tunggu kita nanti. Ini tidak. sebab sorang jantan poyo korang dah berebut sampai putus kawan. Wake up la. Handsome tu tak kemana pun kalau agama nya macam biskut. Korang boleh hidup senang ke dengan bergantung pada muka jambu je? Percaya la. Kalau bercinta disebabkan rupa paras semata-mata. Aku berani jamin. Tak kan kekal sampai kemana la. Okay kau cakap "kami couple sampai dua tahun la wei" okay fine. cuba jawab ni. Apa yang jadi lepas dua tahun tu? kau kawin dengan dia ke? Ke kau dah putus? Kenapa putus weyh? Sebab dia dah jumpa yang lagi menawan dari kau la cerita dia. Sia-sia je dua tahun kau.

 Bercinta la kerana agama dan tuhan sebab Tuhan dah jamin. Seorang wanita yang solehah akan bersama suaminya di syurga sekiranya suaminya pun ahli syurga. So? apa nak takut? Redha dengan segala ketentuan Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

1 comment: